Monday, January 14, 2013

BVSM

Hari ni nak cerita pasal BVSM pulak....apa bendanye?
Bio Velicity Sleep Mate..... Pelapik tilam, nipis je.

BVSM...nikmati tidur berkualiti sepanjang malam
Saya memang kurang ambil tahu tentang benda-benda macam ni.  Tengok juga kawan-kawan upload kat fb...tapi sebelah mata jer.   Sehinggalah pada tarikh 12 jan 2013 terbuka hati untuk membelinya.  Dah tak de rasa dua tiga kali fikir....kenapa?
Gini ceghitanya.....
Tiga minggu sblm, darah tinggi suami saya naik sehingga 220.....mak aii!!! 
Tapi masih bertahan....kerja lagi.
Saya lihat perubahan yang sangat ketara.
Jalan perlahan je.....  duduk, baring dan lebih banyak mendiamkan diri.
Jumpa doktor , macam biasa dapat ubat.
Seminggu kemudian jumpa doktor lagi....darah dah turun 120/90, alhamdulillah.
Tapi masih kelihatan tak bermaya, katanya macam melayang-layang.
Dah tak seceria biasa.   Risau beb!  Positifkan diri, mungkin kesan ubat.
Seminggu berlalu masih tak de perubahan.
Lesu, mengantuk.....diam dan terus diam, kalau bercakap pun sepatah, perlahan pulak tu
Kebetulan seorang rakan kerja nak mencuba krim bio ever...saya ni bukan pandai sangat bercakap.
Terus hubungi rakan saya yang lebih pakar.  Buat temujanji, dia akan datang ke Batu Pahat pada 12 Jan.
Terbuka hati untuk melayari internet, cari kebaikan BVSM. Celik IT lah katakan.  


video ini membuat saya sangat teruja untuk menggunakan BVSM




Ada lagi yang lain.....  search aje kat youtube.
Terus sms kawan bertanyakan harga.  Dah tak terkejut, produk ni harganya memang bukan sikit-sikit ( tapi kena fikir, mana yang lebih penting)
12 Jan sebelum jumpa kawan yang bawakan BVSM, saya bertemu dulu dengan sahabat setia Kawanku ( Maybank).  Sampai aje di rumah , saya pasangkan BVSM.  Masa tu suami saya baring di atas sofa di ruang tamu.  Selepas Maghrib suami saya baring dan terus melelapkan mata.  Dalam pukul 10 malam suami saya tersedar, kemudian saya dengar dia bercakap dengan anak saya dengan suara yang kuat dan jelas.  Timbul tanda tanya di hati saya......tapi saya masih diamkan diri.

Keesokan paginya, saya lihat suami saya lebih cergas daripada hari sebelumnya.  Duduk pun dah tak mengantuk.  Dah mula ketawa.  Alhamdulillah. Saya tanya ada kesan tak tidur di atas BVSM.  Dia pun tak pasti.  Yang pasti saya nampak perbezaannya.

Hari seterusnya, bangun pagi terus bantu saya di dapur.  Waktu sarapan pun dah mula berbual seperti dulu-dulu.  Cerita nak pergi Kelantan masa cuti Thaipusam lagi.  Saya tanya dah sihat ke?   Suami saya hanya ketawa.

Tengahari hari ini sewaktu balik dari kerja, selepas makan tengahari suami saya kata badannya rasa cergas tak seperti hari sebelumnya. Alhamdulillah, syukur...semuanya dengan izin Allah.

Ini pengalaman saya.....mungkin pengalaman kita berbeza.  Tidak salah mencuba, yang penting kita berusaha.  Berjaya atau tidak semua dengan izinNya.
Banyak lagi kebaikan BVSM.


  • Berminat....hubungi saya di talian 0137890332 ( Shazrin)

No comments:

Post a Comment